Saturday, August 21, 2010

wahai SahabTku Yg kCewa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?


Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…


Sunday, July 11, 2010

Sirah BerKenaaN dgn NiaT


Drpada Amirul mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-khattab r.a berkata: aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap org apa yg diniatkan. Barangsiapa yang hjrhnya kepada Allah dan rsulNya,maka hjrhnya kepada Allah dan rsulnya.Barangsiapa hjrhnya krana dnia yg dia mhu mncri hbuannya atau keraba wanita yg dia mhu khwiniahnya maka hjrhnya ke arh perkara yg dtujuinya itu"

Ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Haj in Muslim al0Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yg mrupakan antara kitab yg
plg sahih. Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam islam. Hadis ini sprt y kta thu,bahwa niat itu merupakan penimbng tara dan aras sesuatu amalan hamba. Kebrgantungan niat dan amalan ini tidak dpat dinafikansama skali kerana tanpa niat maka amalan kita tidak dtrima,tanpa amala niay kta hanya angan-angan sahaja. Tetapi nelihat kmurahan Allah.....

"Ketika engkau berniat mlakukan perkara baik,maka engkau sudah peroleh satu pahala. Maka apbila engkau lakukan ,dapatlah engkau satu pahala. Apabila engkau berniat tetapi tidak melakukanya, maka 1 pahala sudah pasti milik engkau."

Lihat kemurahan pencipta kita,selalu memudhkan hambaNya dalam urusan dunia, sebagai hambaNya, Allah thu apa yang kta perlu. Allah amt menyanyangi engkau juga aku.Kita lihatpula niat buruk:
"Apabila engkau berniat buruk, maka engkau tidak dpat dosa ketika meniatkannya.tetapi apabila disusuli tindakan dosa itu,maka engkau akan dapat satu dosa. Namun sekiranya engkau berniat sahaja,tiada dosa sehinggalah engkau melakukan nya"

Sekali lg, lihatlah kemurahan Allah,Dia amat menyayangi hambaNya. Sangat ksih akan hambaNya. Rasulullah s.a.w jga amat kasih hambaNya..."Ummati...ummati..ummati.....ummatku.....ummatku...ummatku....." Namun adakah kta hrgainya?? Ayuh,mulakan niat hanya smata=mata kerana Allah s.w.t...Lakukanlah segalanya keranaNya.......

Wednesday, June 30, 2010

KasiHkaN ALLah

Tanda2 seseorang itu mngasihi Allah
  • Mendahulukan segala suruhan yang disuruh oleh allah daripada perkara yang diminati oleh hawa nafsunya
  • suka kepada mati
  • memperbaiki kekurangan dirinya
  • suka hatinya apabila dapat beribadat
  • rindu untuk bertemu allah
  • reda akan segala ketentuan allah

Tuesday, June 29, 2010

kriTeria Lelaki Soleh spt yg Dmksdkan Oleh Al-quran & Hadis

  • Sentiasa taat kpda Allah dan rasullulah saw
  • mati Syahid adalah cita2 hidup yg tertggi
  • sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran drpd Allah
  • Ikhlas dalam beramal
  • kmpg akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
  • Selalu memohon ampun atas sgla dosa2nya
  • Zuhud dgn dunia ttpi tdak mningglknnya
  • Solat malam mnjadi kbiasaanya
  • Tawakal pnuh kpada Allah
  • Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerhsiaan

jd,whai saudaraku skalian,adakah anda tergolg dlam glongn yg dmksdkan??

renungkanlah.......

TiADa Yg DiLahirKaN TEruS beRilMu

Belajar,sesungguhnya seseorang itu tidak dlahirkan alim,
dan tiadalah orang berilmu menyamai orang yang jahil.
sesungguhnya pembesar kaum yang tiada ilmu,
menjadi kecil bila dikerumuni bala tenteranya(meminta pandanganya)
Seseorg yang hina sekiranya berilmu,
ia menjadi besar bila dikerumuni org rmai
jadi janganlah redha dengn kerendahan,
Dan janganlah nsb hanya berpada denganapa yg ditingglkan org terdhulu
~imam shafie